Manfaat ASMAUL
HUSNA
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
إِغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنٰى
وَذُرِّيَّاتِنَا وَلِوَالِدِيْناَ
al-ism al – a`zham
71. يَا مُقَدِّمْ
Menurut Imam
Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir
ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan
berhasil”.
72. يَا مُؤَخِّرْ
Bagi
meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. يَا أَوَّلُ
Barangsiapa
yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa
yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. يَا اٰخِرْ
Amalkan
berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan
akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. يَا ظَاهِرُ
Amalkanlah
zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik &
sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. يَا بَاطِنْ
Seperti no. 75
jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. ياَ وَالِيْ
Memperbanyakkan
zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi
orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali
Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. يَا مُتَعَالِيْ
Sekiranya kita
akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar
untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.
InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang
penting-penting akan berhasil.
79. ياَ بَرُّ
Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati
akan terlaksana dengan mudah.
80. يَا تَوَّابُ
Bagi orang
yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan
zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. ياَ مُنْتَقِمُ
Jika kita
berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya
terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. يَا عَفُوّ
Barangsiapa
memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. يَا رَؤُوْفُ
Bagi sesiapa
yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun
malam.
84. الْمُلْكِ يَا مَالِكْ
!” Seseorang
pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat,
hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu
& 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.
85. ذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Amalkanlah
zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat
kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. يَا مُقْسِطُ
Berzikirlah
dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan
sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. يَا جَامِعْ
Sekiranya ada
dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.
88. يَا غَنِيُّ
Amalkanlah
zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan
akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. يَا مُغْنِيْ
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk
kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. يَا مَانِعُ
Andai kita
selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh
setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim &
suka membuat angkara.
91. يَا ضَارّ
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita
untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah
puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x
pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. ياَ نَافِعُ
Menurut Imam
Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang
yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.
93. ياَ نُوْر
Menurut Sheikh
Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung
& memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di
akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi
& petang.
94. يَا هَادِيْ
Bagi sesiapa
yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah
ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan
diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. يَا بَادِيْع
Andai kita
mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita
itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak
500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga
rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. يَا بَاقِيْ
Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar
ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. يَا وَارِثْ
Sekiranya kita
berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala
urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. يَا رَشِيْدُ
Walaupun kita
tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini
sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. يَا صَبُوْر
Agar kita
diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini
menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Doa-doa Yang Makbul:
1.
Orang yang terdesak.
2.
Orang yang teraniaya/dizalimi.
3.
Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4.
Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak
memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1.
Terasa sesuatu yang menakutkan.
2.
Menangis tatkala berdoa.
3.
erasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1.
Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda:
“Sesungguhnya
Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”
2.
Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan
kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3.
Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari
harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan
yang baik belaka.
4.
Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat,
memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa
tersebut.
5.
Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai
dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.
6.
Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah
dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
·
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan
terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
·
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
·
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt
·
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan
tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
·
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
·
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
·
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar
kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih
tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”
menyayangi & menghormati & khasnya
kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu
hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua
anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua
keluarga.
Posting Komentar