Manfaat ASMAUL
HUSNA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
إِغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنٰى
وَذُرِّيَّاتِنَا وَلِوَالِدِيْناَ
al-ism al – a`zham
41. يَا حَسِيْب
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan
zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit & selepas solat
Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. ياَ جَلِيْلُ
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang
terakhir, Insya Allah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan –
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari
kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya
dengan izin Allah.
43. يَا كَرِيْم
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak masuk
tidur. Nscaya Allah akan mengangkat derajat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44.
يَا
رَقِيْبُ
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang
yang di khawatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang di khawatir kan yang berada di tempat yang jauh & sukar
dijaga terhindar dari sebarang kecurian maupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakin lah kepada Allah. Insya Allah….
45. يَا مُجِيْب
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hamba Nya &
agar doa kita mustajab &selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir
ini sebanyak 55 kali sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa
kita.
46.
يَا وَاسِعُ
Apabila di dalam kesulitan
maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi & petang, Insya Allah
segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini senantiasa
diamalkan, Insya Allah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. يَا حَكِيْم
Bagi pelajar atau siapa saja yang memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, Insya Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam
menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan lah sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari.
48. يَا وَدُوْد
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali pada setiap malam.
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi &
rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. يَا مَجِيْد
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua
belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. يَا بَاعِثُ
Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada,
Insya Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. يَا شَهِيْد
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara istiqomah setiap malam sehingga si pembangkang akan sadar & berubah perangainya.
52. ياَ حَقُّ
Perbanyaklah zikir ini, Insya Allah ianya sangat berfaedah sekali
untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. يَا وَكِيْلُ
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyaklah zikir ini, Insya Allah bencana
tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. يَا قَوِيُّ
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila
berdepan dengan sebarang keadaan maupun berdepan dengan si zalim.
55. يَا مَتِيْن
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai
fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga
musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. يَا وَلِيُّ
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka
amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin karena dengan
izin Nya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh
orang-orang yang bersifat dengki.
57. يَا حَمِيْد
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahwa hanya Allah sahaja
yang paling berhak menerima segala pujian.
58. ياَ مُحْصِيْ
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan
yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak
mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. يَا مُبْدِءُ
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan
sebanyak 470 kali setiap hari. InsyaAllah….
60. ياَ مُعِيْدُ
Andai ada anggota keluarga
yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap
hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. يَا مُحْيِيْ
Amalkan zikir ini sebanyak 58 kali setiap hari, Insya Allah kita akan
diberikan kemuliaan derajat dunia & akhirat kelak.
62. ياَ مُمِيْتُ
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan dimudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. يَا حَيُّ
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkan zikir ini.
64. يَا قَيُّوْمُ
Telah berkata Imam Ghazali bahwa barangsiapa yang ingin
memperoleh harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia,
ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dengan “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 kali setiap malam atau
siang hari. Hendaklah melakukannya secara istiqomah, Insya Allah akan tercapai
segala hajat.
65. يَا وَاجِدْ
Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. ياَ مَاجِدُ
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap
hari.
67. ياَ وَاحِدْ
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & sangat
ingin untuk menimangnya, amalkan zikir ini sebanyak 190 kali setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. يَا صَمَدْ
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka mohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insya Allah, diri akan
berasa segar & senantiasa.
69. يَا قَادِرْ
Apabila kita berhajatkan
sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali
setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. يَا مُقْتَدِرْ
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar
secara lahariah, maka berzikir lah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga
ikhtiar kita itu berhasil karena zikir ini akan mempercepat keberhasilan
hajat kita.
ke Edisi 4
Posting Komentar