اَللّهُمَّ اَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَاَدْخِلْنَا اْلجَنَّةَ دَارَالسَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَاْلجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

Manfaat ASMAUL HUSNA Ke3

Minggu, 23 Juni 20130 komentar

Manfaat  ASMAUL HUSNA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ




إِغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنٰى
وَذُرِّيَّاتِنَا وَلِوَالِدِيْناَ 


al-ism al – a`zham

41.     يَا حَسِيْب
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42.     ياَ جَلِيْلُ     
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insya Allah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43.     يَا كَرِيْم
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak masuk tidur. Nscaya Allah akan mengangkat derajat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44.     يَا رَقِيْبُ
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang di khawatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat agar barang-barang yang di khawatir kan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian maupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakin lah kepada Allah. Insya Allah….

45.     يَا مُجِيْب
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hamba Nya & agar doa kita mustajab &selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 kali sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46.     يَا وَاسِعُ
 Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi & petang, Insya Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini senantiasa diamalkan, Insya Allah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
                                                                                                      
47.     يَا حَكِيْم
Bagi pelajar atau siapa saja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insya Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan lah sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari.

48.     يَا وَدُوْد
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49.     يَا مَجِيْد
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. يَا بَاعِثُ
Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insya Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
  
51. يَا شَهِيْد
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara istiqomah setiap malam sehingga si pembangkang akan sadar & berubah perangainya.

52. ياَ حَقُّ
Perbanyaklah zikir ini, Insya Allah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. يَا وَكِيْلُ
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyaklah zikir ini, Insya Allah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. يَا قَوِيُّ
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan maupun berdepan dengan si zalim.

55. يَا مَتِيْن
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
                                                                             
56. يَا وَلِيُّ
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin karena dengan izin Nya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. يَا حَمِيْد
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahwa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. ياَ مُحْصِيْ
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. يَا مُبْدِءُ
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 kali setiap hari. InsyaAllah….

60. ياَ مُعِيْدُ
 Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.


61. يَا مُحْيِيْ    
Amalkan zikir ini sebanyak 58 kali setiap hari, Insya Allah kita akan diberikan kemuliaan derajat dunia & akhirat kelak.

62. ياَ مُمِيْتُ
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan dimudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. يَا حَيُّ
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkan zikir ini.


64. يَا قَيُّوْمُ
Telah berkata Imam Ghazali bahwa barangsiapa yang ingin memperoleh harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 kali setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara istiqomah, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
                                                                               
65. يَا وَاجِدْ
Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. ياَ مَاجِدُ
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. ياَ وَاحِدْ
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & sangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikir ini sebanyak 190 kali setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. يَا صَمَدْ
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka mohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insya Allah, diri akan berasa segar & senantiasa.

69. يَا قَادِرْ
 Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. يَا مُقْتَدِرْ

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikir lah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil karena zikir ini akan mempercepat keberhasilan hajat kita.


ke Edisi 4
Share :

Posting Komentar

 

Copyright © 2011. KUMPULAN DOA - All Rights Reserved
Published by El Fakir Abi Salwa
Proudly powered by Blogger