اَللّهُمَّ اَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَاَدْخِلْنَا اْلجَنَّةَ دَارَالسَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَاْلجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

Manfaat ASMAUL HUSNA ke2

Minggu, 23 Juni 20130 komentar

Manfaat  ASMAUL HUSNA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


عَزَّوَجَلَّ ذِكْرُهُ

إِغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنٰى
وَذُرِّيَّاتِنَا وَلِوَالِدِيْناَ وَلِوَالِدِيْناَ

21.     يَا قَابِضْ
dibaca 100 kali setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22.     ياَ بَاسِطُ
Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca dzikir ini setiap hari, Insya Allah rezeki akan menjadi murah.
                                                               
23.     يَا خَافِضْ
 يَا خَافِضْ” dibaca sebanyak 500 kali setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, Insya Allah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24.     ياَ رَافِعُ
 ياَ رَافِعُ” baca setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, Insya Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25.     يَا مُعِزّ
 يَا مُعِزّ” dibaca sebanyak 140 kali setiap hari, Insya Allah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26.     يَا مُذِلُّ
يَا مُذِلُّ” Perbanyaklah baca  ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, Insya Allah si penghutang akan sadar & membayar hutang nya kembali.

27.     يَا سَمِيْع
يَا سَمِيْع” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakan lah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah sholat Dhuha, Insya Allah doa akan mustajabah.

28.     يَا بَصِيْرُ
يَا بَصِيْر dibaca sebanyak 100 kali sebelum solat Jumat, Insya Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufiq & hidayah dari Allah.
                                                                             
29.     ياَ حَكَمْ
dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. يَا عَدْلُ
dibaca sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insya Allah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. يَا لَطِيْفُ
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. ياَ خَبِيْر
Dengan memperbanyakkan dzikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud dzikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. يَا حَلِيْم
dibaca sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insya Allah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. يَا عَظِيْمُ
dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. يَا غَفُوْر
bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan dzikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beritikad untuk tidak mengulangi nya, Insya Allah akan diterima taubat nya oleh Allah.
36. يَا شَكُوْرُ    
dibaca sebanyak 40 kali sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, Insya Allah semua hajat kita akan di makbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. يَا عَلِيّ
Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah dzikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, Insya Allah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insya Allah mujarab.

38. يَا كَبِيْرُ
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucuti gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah dzikir ini sebanyak 1,000 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat).

39. يَا حَفِيْظ
dibaca sebanyak 99 kali, Insya Allah diri kita akan terlindungi dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. يَا مُقِيْتُ

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyaklah dzikir ini. Insya Allah badan kita akan menjadi kuat & segar karena rasa lapar akan hilang.


ke Edisi 3

Share :

Posting Komentar

 

Copyright © 2011. KUMPULAN DOA - All Rights Reserved
Published by El Fakir Abi Salwa
Proudly powered by Blogger